KOTA BHARU, 10 JUN: Seorang bekas pembantu akauntan sebuah syarikat pelancongan dan pakej umrah dihukum penjara lima tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 11 kesalahan pecah amanah wang majikannya berjumlah RM149,000, dua tahun lepas.